
Gangguan Perkhidmatan Kad Debit CIMB Bermula Hari Ini
CIMB Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan penyelenggaraan berjadual bagi perkhidmatan kad debit.
Susulan itu, berlaku gangguan terhadap penggunaan Kad Debit bank berkenaan dalam tempoh penyelenggaraan.
Proses penyelenggaraan telah bermula sejak 12 tengah malam tadi dan berlangsung sehingga jam 7.30 pagi tadi.
Pada 9 April 2026, proses penyelenggaraan akan bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.
Manakala bagi 10 April 2026 pula, proses penyelenggaraan dijangka bermula tepat jam 12 tengah malam dan tamat pada jam 5 pagi.
Sebagai pengetahuan, tiada penyelenggaraan dilaksanakan pada hujung minggu ini.
Baca juga:Penyelenggaraan berjalan semula pada 16 April 2026 bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.
Sementara itu, penyelenggaraan pada 25 April 2026 dijadual bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Menerusi kenyataan tersebut, CIMB telah menyenarakan beberapa tarikh dan waktu bagi proses penyelenggaraan.
Difahamkan, penyelenggaraan tersebut menyebabkan pembelian menggunakan Kad Debit CIMB tergendala buat sementara waktu. Proses tersebut melibatkan pembelian di premis dan dalam talian.
"Bagi mengelakkan sebarang gangguan, kami sarankan agar anda merancang pembayaran lebih awal," maklum CIMB.


