Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan ‘Ciuman Bibir Tebal’ Di Cermin Kereta

8 May 2023 • 7:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gangguan seksual berlaku di jalan raya, Kuching dengan mencium di cermin kereta seorang wanita

Gangguan Seksual Di Kuching, Lelaki Tinggalkan ‘Ciuman Bibir Tebal’ Di Cermin Kereta. Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuching, Sarawak.

Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa merakam rakaman viral itu selepas menyedari sebuah motosikal mengekorinya dengan mencurigakan.

Menurut sumber, difahamkan video tular tersebut dimuat naik semula di laman Facebook Kenny Alvin pada hari yang sama.

image is not available
Sumber: Facebook

Para wanita diminta berhati-hati

“Hati-hati semua, seorang wanita diganggu individu yang tidak dikenali pada petang tadi. kejadian berlaku di Kuching. Tempat terpaksa dirahsiakan demi keselamatan mangsa. Waktu siang pun berani buat kerja. Minta dijauhkan terkena pada adik perempuan aku,” ujar Kenny.

Menurut laporan, Kenny menyatakan dia tidak mengenali mangsa dan mendapatkan video itu melalui WhatsApp.

“Aku tak kenal mangsa tapi kesal dengan sikap lelaki itu. Bayangkan kalau permpuan itu panik, sudah tentu boleh menyebabkan kemalangan,” tulisnya lagi.

image is not available
Sumber: Facebook

Wanita itu menangis, meminta lelaki itu tidak mengganggunya

Video tersebut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa topi keledar dilihat mengekori kereta mangsa. Bahkan, turut kedengaran suara wanita merayu lelaki itu supaya tidak mengganggunya sambil menangis.

“Dari tadi dia menegekori saya. Tolong saya, ALLAHUAKBAR, tolong,”kata wanita tersebut di dalam video berdurasi 21 saat itu.

Apa yang lebih menakutkan lagi, lelaki itu bertindak mencium pipi depan kenderaan wanita tersebut sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

image is not available
Sumber: Facebook

Dalam perkembangan lain, pentadbir laman Facebook Sarawak Road Updates turut berkongsi rakaman itu tetapi menyatakan suspek menghidap penyakit mental.

“Adik kepada suspek bagitahu saya abangnya bertindak sedemikian kerana mengalami masalah mental.

“Tetapi bagi saya agak pelik kenapa orang kurang waras dibiarkan merayau dengan menunggang motosikal seperti itu,” tulisnya.

Diminta buat laporan polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tidak senonoh itu serta berharap mangsa berkenaan membuat laporan polis kerana ini adalah perkara yang serius.

Baca juga artikel yang berkaitan: