
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 67 tahun bakal mengetahui pada 6 Jan 2023 sama ada dia mempunyai kes untuk dijawab atas pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu untuk Nasib @ Mohd Yusof Ismail apabila pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil lima saksi dalam perbicaraan.
Mahkamah juga menetapkan pada hari sama untuk penghujahan lisan daripada kedua-dua pihak.
Nasib didakwa melakukan kesalahan itu dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun 11 bulan itu antara 20 hingga 21 Okt 2020, jam 5 pagi di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud.
Perbuatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah melanjutkan ikat jamin Nasib sementara menunggu pelupusan kesnya.
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin melakukan pendakwaan manakala Nasib tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![“Ma Sakit Ma” – Luluh Hati Ibu Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)