Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4 Jul 2024 • 5:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar fail

SEBERANG PERAI –  Insiden gangguan seksual ke atas seorang wartawan wanita oleh petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap akan disiasat secara telus dan terperinci.

Memberikan jaminan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku semalam.

Tegas Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu, siasatan akan dijalankan secara profesional dan mengikut lunas undang-undang.

"Belum sampai kepada saya berita itu, tetapi kalau laporan sudah dibuat, saya nak beri jaminan bahawa ia sepenuhnya di bawah autoriti pasukan polis.

"Gunalah peruntukan undang-undang yang ada dan buatlah siasatan secara profesional ikut jalur undang-undang. Itu saya boleh sebut," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di sini, hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang wartawan penyiaran wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh petugas kempen PRK Sungai Bakap.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku semasa media sedang mewawancara  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada satu majlis di Dewan Sungai Kechil di sini, kira-kira jam 10.40 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Chong Boo Khim dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut. – Getaran, 4 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved