Gangguan Sementara Perkhidmatan MyDebit CIMB Pada 16 Dan 17 Ogos 2025

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2025 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dimaklumkan bahawa sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual yang akan dilaksanakan oleh pihak CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad.

image is not available

Gangguan ini dijadualkan berlaku pada dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu, 16 Ogos 2025 dari jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi dan pada hari Ahad, 17 Ogos 2025 dari jam 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi. Sepanjang tempoh tersebut, transaksi melalui sistem MyDebit tidak dapat dilakukan.

Pihak pengurusan CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta sokongan berterusan daripada para pelanggan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pusat khidmat pelanggan CIMB atau melalui laman web rasmi bank.