Gangsa bagaikan emas buat Croatia

18 Dec 2022 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dalic (kanan) bersama Modric selepas perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Maghribi.

PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic berbangga dengan prestasi yang dipamerkan para pemainnya selepas menewaskan Maghribi 2-1 sekali gus menamatkan cabaran Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga.

Menurutnya, biarpun gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti edisi Piala Dunia lalu, pencapaian yang dicapai The Blazers kali ini memberangsangkan.

"Ia adalah pingat gangsa tetapi bagi kami ia seperti pingat emas. Ia adalah perlawanan yang sukar dan hebat. Maghribi berjuang hingga minit terakhir walaupun kepenatan.

"Maghribi seharusnya bangga dan mereka mengingatkan saya kepada apa yang kami lalui empat tahun lalu.

"Gangsa ini untuk rakyat Croatia dan ia sesuatu yang amat membanggakan," katanya.

Croatia yang merupakan pilihan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga itu meraih kemenangan menerusi gol Josko Gvardiol dan Mislav Orsic.

Dalic berkata, Croatia mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak pada masa akan datang walaupun bakal kehilangan beberapa pemain senior yang akan bersara.

"Ya, ini adalah perlawanan Piala Dunia terakhir buat beberapa pemain kami kerana usia mereka dan beberapa aspek. Tetapi, kami ada pemain muda juga yang akan menjadi tunjang Croatia.

"Kami mempunyai ramai pemain muda di bangku simpanan, tetapi mereka tidak dapat berada pada tahap terbaik tanpa sokongan pemain senior.

"Pemain senior masih berkeyakinan dan mereka memastikan pemain muda ini matang. Kami mempunyai sekolah bola sepak yang baik untuk masa depan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved