Ganjaran Istimewa Buat Guru KAFA Pulau Pinang, Elaun Dinaikkan Kepada RM1,500 Bermula Julai Ini

LocalPolitics
21 May 2025 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bermula Julai ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan dinaikkan RM200 kepada RM1,500 berbanding RM1,300 sebulan.

Memetik laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, bagi guru besar KAFA pula kadar elaun baru ialah RM1,600 berbanding RM1,350 sebelum ini.

image is not available

gambar hiasan

Bagi menghargai guru KAFA Pulau Pinang, saya mengumumkan dua berita gembira iaitu kenaikan elaun dan para guru KAFA wanita yang dilantik pada atau selepas 1 Januari lepas serta telah diluluskan cuti bersalin layak menerima sumbangan sebanyak RM1,100 sebulan selama dua bulan.

Selain itu, beliau juga berkata bagi meningkatkan kecekapan guru KAFA di negeri itu, sebanyak RM150,000 diperuntukan bagi tujuan latihan.

image is not available

gambar hiasan

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, kesemua inisiatif itu membabitkan implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan negeri sebanyak RM4.2 juta setahun dan menjadikan peruntukan keseluruhan terkini untuk KAFA adalah RM8.5 juta setahun.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 weeks ago

“Tak Pernah Lulus Pun Peperiksaan, Tapi SPM Dapat A-..” - Guru Luah Rasa Sedih, Murid Pergi Sebelum Sempat Ucap Tahniah