Ganjaran tunai menanti atlet Saga Membakut

16 Dec 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ganjaran wang tunai menanti atlet Daerah Membakut yang berjaya menyumbang pingat pada temasya Sukan Sabah (Saga) yang akan membuka tirainya hari ini.

Berita baik itu disampaikan wakil rakyat Membakut, Datuk Ariffin Arif yang menjanjikan RM1,000 untuk atlet yang merangkul pingat emas, RM500 untuk pingat perak dan RM300 untuk pingat gangsa.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ganjaran itu sebagai pengiktirafan kepada atlet memandangkan Saga kali ini adalah penyertaan pertama Membakut sebagai sebuah daerah baharu.

“Insentif ini sebagai pengiktirafan kepada atlet kerana ini adalah penyertaan kali pertama kita melibatkan seramai 198 atlet yang sudah tentu akan memberi cabaran pada temasya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Kunjungan Hormat Kontingen Membakut diketuai Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki di pejabatnya di Wisma Bandaran, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Ariffin memaklumkan pihaknya sudah membuat permohonan kepada kementerian berkaitan bagi cadangan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Membakut, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia diharap dapat dipertimbangkan memandangkan Membakut kini berstatus daerah dan fasiliti sukan seumpama itu amat diperlukan untuk kepentingan masyarakat.

“Saya sudah kemukakan permohonan kepada kementerian berkenaan agar mempertimbangkan sebuah kompleks sukan untuk Membakut bagi kemudahan dan pemerkasaan sukan di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim yang juga Ketua Kontingen Saga Membakut menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pingat emas berdasarkan kemampuan atletnya dalam beberapa sukan dipertandingkan di temasya itu.

“Sasaran kita sekurang-kurangnya 10 pingat emas diyakini hasil sumbangan sukan pencak silat, petanque, bolasepak dan lumba basikal.

“Kita yakin kerana walaupun ini penyertaan kali pertama Membakut, namun sebahagian besar atlet sukan kami pernah menyertai temasya Saga sebelumnya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved