Ganti Rugi Yang Perlu Dibayar Google Kepada Sonos Dibatalkan Mahkamah

TechnologyDigital
10 Oct 2023 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini sebuah mahkamah di Amerika Syarikat mendapati Google bersalah melanggar beberapa paten peralatan audio yang dimiliki oleh Sonos. Tetapi kini seorang hakim di California membatalkan bayaran ganti rugi $32.5 juta kerana mengatakan paten yang difailkan oleh Sonos pada tahun 2006 tidak boleh dikuatkuasakan.

image is not available

Sonos tidak bersetuju dengan keputusan hakim tersebut dan akan mengemukakan rayuan. Sementara itu Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan terkini mahkamah. Teknologi multi-bilik yang digunakan oleh Google pada peranti Chromecast dan Nest mereka menjadi sumber pertikaian antara kedua-dua syarikat ini.

Sonos mendakwa pada peringkat awal kedua-dua syarikat melakukan pertemuan untuk menggunakan teknologi yang dipaten mereka sebelum Google menghentikannya. Apabila produk Chromecast dilancarkan, Sonos melihat ia adalah tindakan Google menghasilkan peranti pesaing kepada produk mereka.