Ganti Susu Anak Dengan Air Rebusan Nasi, Ibu Ambil Upah Cuci Longkang Tampung Belanja Harian

Family & Parenting
25 Jan 2023 • 1:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Susu Air Rebus - Oh! Media

Satu posting tular di Facebook mengenai seorang ibu menceritakan kehidupannya yang terpaksa bekerja mencuci longkang demi menampung kos perbelanjaan harian.

Menurut ibu tersebut, dirinya terpaksa bergelumang dengan air longkang demi upah RM10 bagi membeli beras dan sardin buat anak-anaknya.

Demi perut anak-anak

image is not available

Wanita tersebut juga berkata bahawa dirinya tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya dan terpaksa menggantikan dengan air rebusan nasi.

Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

Menurutnya juga, anak sulungnya terpaksa berpuasa kerana kekurangan makanan di rumah. Semoga ada pihak berwajib dapat membantu wanita ini bersama keluarganya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media