Gantung Siaran, Awesome TV Dakwa MYTV Tidak Beretika

27 May 2024 • 11:03 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Stesen televisyen swasta, Awesome TV digantung penyiarannya oleh pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) di platformnya berkuat kuasa pada Ahad.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikannya menerusi Instagram @awesometvmalaysia mengulas mengenai perkara itu.

image is not available

Foto: Instagram @awesometvmalaysia

“Kami merujuk kepada notis pemberitahuan dimuat naik MYTV Sdn Bhd di laman Facebook rasminya berkenaan penggantungan siaran Awesome TV saluran 112 di platform MyTV mulai jam 12.01 pagi pada 26 Mei 2024.

“Awesome TV ingin menjelaskan bahawa pihak kami telah memfailkan permohonan semakan rayuan di mahkamah rayuan dan masih belum ada keputusan.

“Perkara ini masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir, oleh itu tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan itu.

image is not available

Foto: Harian Metro

Difahamkan meskipun berhadapan penggantungan siaran oleh MYTV, namun Awesome TV tetap menyeru kepada penonton agar tetap terus menyokong stesen berkenaan.

Terdahulu, MYTV dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan penyiaran saluran 112 Awesome TV di platformnya digantung mulai 12.01 awal pagi Ahad.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Sebelum ini, MYTV juga pernah mengumumkan tindakan sedemikian yang berkuat kuasa 2 Nov 2023 susulan wujud isu-isu komersial melibatkan kedua-dua pihak walaupun pelbagai langkah penyelesaian telah cuba diambil.

Untuk rekod, Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dan menawarkan beberapa kandungan tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Instagram @awesometvmalaysia