Gara-gara babi ‘tersangkut’, satu kampung terputus bekalan elektrik

LocalTechnology
10 Feb 2026 • 11:30 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang petani di barat daya China menghadapi detik mencemaskan apabila salah seekor babinya tersangkut di udara semasa cuba diangkut menggunakan dron, sekali gus menyebabkan kampungnya terputus bekalan elektrik selama 10 jam.

Kejadian berlaku pada awal pagi 24 Januari lalu apabila tali dron yang digunakan untuk mengangkat babi tersangkut pada talian voltan tinggi ketika dron menuruni bukit di kawasan berbukit tempat tinggal petani tersebut.

Petani berkenaan berkata, lokasi kampungnya di Daerah Tongjiang, Wilayah Sichuan menyukarkan pengangkutan babi menggunakan kenderaan biasa. Namun, disebabkan keadaan gelap dan penglihatan terhad, insiden itu berlaku.

Menurut seorang kakitangan wanita dari syarikat bekalan elektrik tempatan memaklumkan gara-gara insiden berkenaan, kampung tersebut mengalami gangguan elektrik selama 10 jam.

“Kami menghantar 12 pekerja untuk membaiki talian elektrik. Kos pembaikan dianggarkan sekitar 10,000 yuan (kira-kira US$1,400). Bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada jam 5 petang hari yang sama,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati petani itu disyaki melanggar undang-undang kerana menggunakan dron di kawasan larangan terbang dan dron tersebut juga didapati berlebihan muatan.

“Jika disahkan melanggar undang-undang, dia akan dikenakan tindakan dan perlu mengganti kerugian peralatan elektrik,” kata seorang pegawai polis.

— NEXTA (@nexta_tv) February 6, 2026
Baca juga:

Laporan mengenai kejadian ini menjadi tular di media sosial China, dengan pengguna membuat pelbagai jenaka berhubung babi tersebut.

“Apabila babi itu diturunkan, adakah ia sudah boleh dimakan kerana terkena renjatan elektrik?”

“Babi ini terkenal sebelum mati, inilah definisi sebenar babi terbang,” katanya.

Difahamkan, penggunaan dron pertanian di kawasan luar bandar China semakin meluas, khususnya di kawasan berbukit.

Sumber: South China Morning Post, NEXTA

The post Gara-gara babi ‘tersangkut’, satu kampung terputus bekalan elektrik appeared first on The Reporter.