Gara-Gara Banjir, Wanita Terpaksa Naik Kereta Galo Pergi Kerja [Video]

20 Dec 2022 • 12:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
wanita naik kereta galo pergi kerja

Umum mengetahui, keadaan cuaca sejak akhir-akhir ini agak kurang baik malah beberapa kawasan sudah mula ditengelami air ekoran dari hujan yang berterusan.

Keadaan ini turut menyebabkan beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Johor turut mengalami banjir yang teruk sehingga terdapat penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara (PPS).

Meskipun sedang berdepan dengan banjir masih ada lagi segelintir penduduk yang tetap menjalankan tanggungjawab mereka untuk bekerja seperti biasa khususnya di kawasan yang masih terkawal.

Wanita naik kereta galo ke tempat kerja curi tumpuan ramai

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh @elieyza111 yang memaparkan keadaannya ke tempat kerja ketika musim banjir sehingga mengundang tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan Elieyza terpaksa menaiki kereta galo iaitu kenderaan yang kebiasaannya digunakan untuk membajak sawah ke tempat kerja kerana keadaan jalan yang dinaiki air.

Bernasib baik kerana ada bapa untuk hantar ke tempat kerja

Dalam video itu, Elieyza turut menyatakan dia bernasib baik kerana bapanya sanggup untuk menghantarnya ke tempat kerja dengan menaiki jentera berat itu.

“Nak pergi kerja tapi jalan banjir. Nasib baik ada abah nak hantar pergi kerja dengan kereta galo,” kata wanita itu.

Elieyza dalam masa sama turut menunjukkan keadaannya ketika sedang menaiki kereta galo tersebut ketika meredah banjir untuk ke tempat kerja.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai yang teruja melihat kereta tersebut sehingga ada yang ingin membelinya agar memudahkan pergerakan mereka untuk bergerak ketika berdepan dengan situasi banjir.

‘Baiklah dia boleh naik kereta galo’

image is not available

‘Hebat, mujur lah ada kereta galo.. dapat pergi kerja.. ‘

image is not available

‘Untungnya sis, kalau saya tarik kain selimut balik’

image is not available