Gara-Gara Bapa Kahwin Lari Di Thailand, Wanita Terkejut Suami Rupanya Abang Sendiri

19 Jun 2023 • 4:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa bingung apabila mengetahui suaminya merupakan abang sebapa dengannya selepas ibu mentua membuat pendedahan.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Fahmi Ramli yang memuat naik kisah wanita berkenaan sebagai pengajaran.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa dia telah mengenali suaminya di universiti dan mereka menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun.

image is not available

Gambar Hiasan

Selepas tamat pengajian, mereka kemudiannya berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun selepas 2 tahun pernikahan, ibu mentua mendedahkan bahawa dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa.

Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya yang menunjukkan nama dan kad pengenalan bapa kepada suaminya itu sama seperti bapa kandungnya.

image is not available

Gambar Hiasan

Bahkan, ciri-ciri wajah, ketinggian, rambut, dan gambar di Sijil Pernikahan tersebut juga sama seperti bapanya.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…

Susulan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan perkara tersebut kepada suami dan keluarganya.

Difahamkan, hubungan mereka dianggap sebagai saudara sebapa tetapi berlainan ibu dan haram bernikah kerana mereka juga adalah darah daging dari keturunan yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) Padah Digigit Anjing Liar, Kanak-Kanak Diserang Jangkitan 'Rabies' Raih Simpati Ramai