Gara-Gara Berebut ‘Port’ Minta Sedekah, Lelaki OKU Didakwa Membunuh

LocalPolitics
6 May 2025 • 3:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam didakwa membunuh seorang pengemis dalam prosiding tertutup di Hospital Shah Alam.

Tertuduh, Mohammad Fauzan Adib bin Abd. Aziz, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mislia Mohd. Aris.

image is not available

gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo! Online, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Alia Anisa Khairus Masnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, prosiding itu dijalankan secara tertutup di wad pemerhatian HSA kira-kira pukul 10:22 pagi.

Ini selepas tertuduh masih menerima rawatan akibat penyakit sawan dialaminya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika disabitkan bersalah.

Sebelum ini media melaporkan seorang pengemis bertindak menikam pengemis yang lain hingga mati di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 gara-gara berebut tempat meminta sedekah.

image is not available

gambar hiasan

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

Gagal Dapat Pampasan Penuh, Lelaki Nekad Bunuh Majikan Sendiri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved