Gara-gara cemburu, wanita maut ditarik teman lelaki terjun tebing 25 meter

16 Aug 2022 • 7:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HANYA kerana cemburu dan perselisihan faham, seorang wanita di Turki maut di tangan teman lelaki dalam satu insiden tragis.

Mehlika Derici, 35, seorang pakar kecantikan dan teman lelaki Selcuk Cetiner, 41, pada awalnya keluar menyambut ulang tahun kelahiran rakan mereka, Merve, 32, di sebuah restoran.

Pasangan itu terus minum sambil meneroka pemandangan indah Asiklar Tepesi yang juga dikenali sebagai Bukit Kekasih pada 6 Ogos.

Namun suasana berubah menjadi buruk selepas kedua-duanya mula bertengkar dipercayai didorong rasa cemburu.

image is not available

Menurut saksi kejadian, Cetiner telah menolak Mehlika hingga rebah. Lelaki itu kemudian didakwa menjerit “Jika kita mati, kita mati bersama.”

Sebelum Mehlika bangkit, lelaki itu merangkul pinggang Mehlika dan terjun dari tebing setinggi 25 meter (82 kaki) bersama-sama.

Paramedik yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian mengesahkan pasangan tersebut meninggal dunia.

Mayat mereka dibawa ke bilik mayat di Hospital Awam Marmara Ereglisi manakala telefon bimbit pasangan itu dianalisis. Terdapat laporan mengatakan Mehlika adalah ibu kepada dua cahaya mata.

Pembunuhan wanita adalah masalah yang semakin meningkat di Turkiye. Menurut Laporan Data Tahunan 2021 oleh ‘We Will Stop Femicide Platform’, 280 wanita dibunuh oleh lelaki pada 2021 manakala 217 wanita ditemui mati dalam keadaan mencurigakan.

image is not available

7 TIP PASANGAN PANAS BARAN

-Berjumpa apabila perlu sahaja.
-Jangan melakukan provokasi yang boleh menimbulkan rasa marah atau situasi tegang.
-tertenang dan elakkan daripada melawan.
-Alih pandangan dan perhatian.
-Ajaknya untuk melakukan aktiviti bersama.
-Mendengar keluhan jika bersesuaian.
-Menjadi pendengar dan galakkan mereka meluahkan perasaan.

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan