Gara-Gara Dipaksa Ceraikan Isteri, Menantu Rogol Dan Bunuh Ibu Mertua

22 Sep 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menantu menganggur ditahan kerana merogol dan membunuh ibu mertua

Gara-Gara Dipaksa Ceraikan Isteri, Menantu Rogol Dan Bunuh Ibu Mertua. Terbaharu, seorang lelaki dari wilayah Batu Bara di Sumatera Utara didakwa telah merogol dan membunuh ibu mertuanya gara-gara dipaksa menceraikan isternya.

Menurut sumber, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batubara, AKP Ellysa Simaremare menyatakan bahawa suspek merogol ibu mertuanya yang berusia 52 tahun sebelum membunuh mangsa pada 7 September lalu di kediaman mereka di Desa Sukaraja di daerah Tanjung Tiram.

Dalam pada itu, Ellysa turut mengatakan kejadian berlaku ketika isteri suspek tidak ada di rumah dan sedang bekerja di Malaysia.

image is not available
Sumber: cari

Memukul, mencekik dan merogol, malah mencuri barang kemas dan barang-barang mangsa yang lain

“Suspek memukul dan mencekik mangsa. Kemudian mangsa diseret ke dalam biliknya dan dirogol,” jelasnya menurut laporan.

“Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal dan telefon bimbit mangsa.

“Motifnya kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja,” tambahnya lagi.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: tirto

Suspek lari tapi sempat dicekup pihak polis

Selain itu, Ellysa berkata, suspek melarikan diri namun telah diberkas pada Rabu di Kota Berastagi, wilayah Karo, dan ditembak di kaki semasa tangkapan kerana dipercayai suspek cuba melawan polis.

Jika sabit kesalahan, suspek yang juga mempunyai rekod jenayah pembunuhan sejak beberapa tahun lalu, berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Baca juga artikel yang berkaitan: