Gara-Gara Enggan Mengalah, Honda Dan Waja Saling Berhimpit Sampai Ada Yang Terbalik

Cars
8 Apr 2024 • 11:24 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Di jalan raya, pasti kita akan jumpa pemandu kereta yang mempunyai pelbagai ragam sehingga menyebabkan masalah. Terkini, disebabkan enggan mengalah dan saling berhimpit, sebuah kereta terbabas lalu terlanggar penghadang jalan seterusnya terbalik dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi video yang tular di X, dapat dilihat kereta Honda City yang sedang memecut di laluan paling kanan. Namun, tindakan kereta Waja yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba telah menyebabkan pemandu Honda terpaksa menekan brek mengejut.

Mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Waja, kedua-duanya seakan melakukan provokasi di atas lebuh raya hingga berlaku perlanggaran sesama mereka dan menyebabkan kereta Waja terbabas dan terbalik.

Dalam pada itu, pemilik dashcam pula telah berhenti di tepi jalan lalu meluru ke arah pemandu dengan keadaan marah dan terus pergi ke arah kereta waja yang terbalik di belakang.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lokasi kemalangan berlaku.

Sumber: X

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved