Gara-Gara Foto Ini, Skandal Lampau Keluarga Mentua Dian Sastrowardoyo Kembali Menjadi Tumpuan

Entertainment
16 Apr 2024 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara foto pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo sedang bercuti di Switzerland ini, kisah lampau keluarga mentuanya kembali menjadi bahan bualan netizen di media sosial.

Difahamkan, pelakon yang meledak dengan filem Ada Apa Dengan Cinta? itu memilih destinasi percutian terkenal itu sebagai menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Foto itu kemudiannya menjadi tular gara-gara seorang individu memuat naiknya kembali dengan kaspyen memuji kecantikan pelakon itu ketika bermain ski.

image is not available

Sumber : Twitter  

Namun, perkongsian itu turut mencuri tumpuan netizen Indonesia yang tiba-tiba membuka kisah ‘hitam’ keluarga mentua Dian suatu ketika dahulu.

Menurut sumber, bapa mentua Dian, Adiguna Sutowo pernah membunuh seorang lelaki yang juga pelayan ketika berada di sebuah kelab hanya kerana dia memaklumkan Adiguna yang kad kreditnya tidak berfungsi ketika ingin membuat pembayaran.

image is not available

Sumber : Twitter  

Adiguna kemudiannya dihukum penjara selama 7 tahun namun hanya ditahan selama 3 tahun kerana berkelakuan baik sepanjang dipenjara.

Bukan sahaja itu, keluarga mentua Dian juga didakwa sebagai salah satu keluarga usahawan dan bisnes paling ‘korup’ di negara seberang itu.

Sekadar info, Dian Sastrowardoyo telah menikah dengan Maulana Indraguna Sutowo pada 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

"Kalau Pasal Cucu Saya Lembut Hati.." - Chef Wan Akui Masih Terasa Hati, Tetap Beri Duit Belanja Pada Anak, Cucu & Bekas Menantu