Gara-gara gagal dapat bilik, 3 warga asing ditahan cetus pergaduhan

LocalPolitics
22 Apr 2025 • 7:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar daripada klip video yang memaparkan aksi pergaduhan dalam kasino.

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di Genting Highlands pada 17 April lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 32 hingga 59 tahun itu ditahan oleh polis bantuan kira-kira jam 3.05 pagi.

Menurutnya, insiden berkenaan turut dirakam dalam sebuah klip video berdurasi 42 saat yang tular di beberapa platform media sosial.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (kesalahan gaduh gempar), Seksyen 448 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah), serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal melebihi tempoh dibenarkan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham memaklumkan, kesemua suspek kini direman sehingga 22 April (Selasa) bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat bilik hotel meskipun telah membuat bayaran sebanyak RM1,500.

“Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini memandangkan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved