Gara-Gara Ikut Waze, Lelaki Ditemui Menangis Selepas Sesat 6 Jam Dalam Hutan

10 May 2024 • 12:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bergantung dengan arahan Waze, punca penunggang motosikal tersesat dalam hutan

Gara-Gara Ikut Waze, Lelaki Ditemui Menangis Selepas Sesat 6 Jam Dalam Hutan. Aplikasi Waze sering menjadi panduan arah untuk ke sesuatu destinasi, namun kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepadanya kerana adakalanya aplikasi ini memberikan arahan yang tidak tepat.

Menurut laporan media tempatan, seorang penunggang motosikal mengalami detik cemas apabila tersesat selama 6 jam di dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah disebabkan mengikut arahan aplikasi Waze untuk pulang ke rumah abangnya di Sungai Petani.

image is not available
Gara-Gara Ikut Waze, Lelaki Ditemui Menangis Selepas Sesat 6 Jam Dalam Hutan

Difahamkan lelaki berusia 32 tahun itu bekerja di Pulau Pinang, namun baru sahaja selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang. Beliau bercadang untuk menginap di rumah abangnya di Sungai Petani dengan menggunakan aplikasi Waze sebagai panduan, namun malangnya tersesat dan masuk ke kawasan hutan pada jam 1 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil menerima panggilan mangsa pada jam 7 pagi. Dengan bantuan penduduk kampung, pasukan mencari dan menyelamat cuba menjejaki mangsa yang tersesat itu.

Mangsa akhirnya ditemui pada jam 8.10 pagi, jauh ke dalam hutan kira-kira 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, menggeletar dan menangis kerana panik dan kebingungan. Mangsa diberi rawatan awal sebelum dirujuk ke klinik kesihatan dan pihak polis untuk tindakan lanjut.