Gara-Gara Jagung Tiada, Pekerja Ditembak Pelanggan

15 Dec 2022 • 12:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-gara tidak dapat mengawal emosi, seorang warga Amerika Syarikat (US) bertindak menembak pekerja selepas berang mendapat tahu restoran makanan segera itu kehabisan jagung, pada Isnin, lapor Daily Star.

Menurut penyiasat, penembak terbabit memasuki lorong pandu lalu sebuah restoran di kejiranan Central West End, yang terletak di bandar US selepas mencuba untuk membuat pesanan.

Suspek yang dianggarkan berada dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, mula membuat ugutan kepada kakitangan menggunakan pembesar suara apabila dia dimaklumkan mengenai ketiadaan stok jagung.

Suspek tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya hingga bertindak mengeluarkan senjata pistol dan disorokkan semasa memandu ke tingkap pandu lalu.

Polis berkata seorang pekerja pergi ke luar untuk bercakap dengan pemandu mengenai isu itu tetapi kembali ke restoran mengatakan bahawa dia telah ditembak oleh suspek tersebut.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun itu telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal susulan kejadian tembakan berlaku.

Suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan kepada mangsa. Setakat tengah hari Selasa, polis masih tidak berjaya melakukan penangkapan ke atasnya dan masih meneruskan usaha mencari penembak berkenaan.

Sumber: Daily Star

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved