Gara-Gara JDT Gol Saat Akhir, Penyokong Sabah FC Koyak Sampai Pijak Bendera

17 Jul 2022 • 12:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Insiden baling botol, cemuhan dan pijak bendera.

Gara-Gara JDT Gol Saat Akhir, Penyokong Sabah FC Koyak Sampai Pijak Bendera. Sudah menjadi suatu kelaziman sekiranya berlaku pergaduhan di saat-saat akhir perlawanan bola sepak sama ada melibatkan penyokong ataupun pemain yang mudah diprovok sehingga koyak.

Gempar semalam, berlaku insiden baling botol, cemuhan dan pijak bendera di Stadium Likas pada minit akhir perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah FC.

image is not available
Gara-Gara JDT Gol Saat Akhir, Penyokong Sabah FC Koyak Sampai Pijak Bendera

Kejadian berlaku selepas pasukan JDT berjaya meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan terebut.

Menerusi video tular di tiktok dikongsi @cacingturki1, seorang lelaki dipercayai penyokong Sabah FC bertindak mentaik bendera Johor dengan kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong JDT.

Reaksi Warganet

Ramai warganet turut dilihat di ruangan komen mengecam perbuatan individu yang membuat provokasi itu.

image is not available
Sumber: Tiktok cacingturk1

image is not available
Sumber: Tiktok cacingturk1

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tidak semua penyokong Sabah besikap provokatif, namun ada segelintir yang tidak bersetuju dengan insiden yang berlaku sehingga menggugat keharmonian penyokong Sabah dan Johor.

image is not available
Sumber: Tiktok cacingturk1

image is not available
Sumber: Tiktok cacingturk1

Mengulas lanjut, sebagai penggemar sukan bola sepak ini kita janganlah berbalah sehingga membuat provokasi kerana pada kemudian hari di tapak dan arena yang sama kita akan berjumpa.

Lain pula ceritanya dengan penyokong Kedah ini yang membuatkan orang Sarawak terharu: