Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000

13 Jun 2024 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek didenda RM3100

Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000. Mahkamah Majistret Kuching hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,100 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana memiliki dadah Methamphetamine seberat 0.01 gram.

Tiruparen Perumal, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

image is not available
Gara-Gara Miliki Dadah Seberat Satu Gram, Lelaki Dari Kuching Didenda RM3000. Sumber: The Borneo Post

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama. Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Kudei Setinggan, 23 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Kudei Setinggan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan fizikal menemui satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam genggaman tangan tertuduh yang disimpan dalam kotak rokok.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.01 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik: