Gara-Gara Tak Beri Duit, Wanita Kongsi Detik Cemas Dimaki Peminta Sedekah Di Kuching

27 Oct 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peminta sedekah itu dikatakan kerap membuat kacau di lokasi tersebut

Gara-Gara Tak Beri Duit, Wanita Kongsi Detik Cemas Dimaki Peminta Sedekah Di Kuching. Seorang lelaki dipercayai peminta sedekah didakwa kerap menimbulkan kekacauan dan gangguan kepada orang awam di sekitar kawasan kedai di Batu 7, Kota Sentosa, Sarawak.

Dalam satu video tular pada Khamis, memaparkan individu berkenaan mengganggu seorang pemandu wanita sambil membuat rakaman video menggunakan telefon pintar.

image is not available
Gara-Gara Tak Beri Duit, Wanita Kongsi Detik Cemas Dimaki Peminta Sedekah Di Kuching. Kredit: Majoriti

Didakwa sering mensasarkan pengunjung di premis bank, lelaki berbaju oren itu dikatakan turut melakukan kekasaran selain memaki orang ramai sekiranya tidak diberikan wang.

Cemas dengan situasi itu, mangsa wanita terbabit kemudiannya menjerit meminta pertolongan sebelum difahamkan terpaksa memberikan wang kepada lelaki itu.

Di ruangan komen rata-rata penduduk di kawasan itu turut berkongsi cerita sama apabila pernah terserempak dengan peminta sedekah berkenaan.

Ini respons netizen

“Memang bahaya orang ini, dia selalu tunggu depan bank dan minta sedekah dengan kasar, marah kalau tidak diberikan wang,” kata Mina Sayong.

“Boleh pakai telefon pintar tetapi minta sedekah, ini namanya pemalas, lebih baik keluar cari kerja bukannya minta pada orang dengan cara kasar,” ujar Wany Alista.

image is not available

“Pernah sebelum ini dia maki saya, muka bengis macam nak cari gaduh selagi tak dapat wang dia ikut kita, pesakit mental agaknya,” tambah Alina Grifin.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/bazir-masa-dan-duit-minyak-wanita-samarahan-luah-dirinya-ditipu-dan-dimaki-oleh-pembeli/

https://www.iloveborneo.my/manusia-kanibal-kanak-kanak-gelandangan-jadi-mangsa-kekejaman-pembunuh-bersiri-ini/