Gara-Gara Tak Nak Kena ‘Pau’ Bini, Lelaki Ini Rela Tinggal Dalam Lapangan Terbang 14 Tahun

10 Jul 2023 • 5:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dia takut isterinya akan meminta wang jika dia pulang ke rumah

Gara-Gara Tak Nak Kena ‘Pau’ Bini, Lelaki Ini Rela Tinggal Dalam Lapangan Terbang 14 Tahun. Seorang lelaki dari Tanah Besar China, Wei Jianguo, telah mengambil tindakan yang drastik kerana cuba lari dari tanggungjawabnya sebagai suami.

Dia telah duduk selama 14 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumahnya.

image is not available
Gara-Gara Tak Nak Kena ‘Pau’ Bini, Lelaki Ini Rela Tinggal Dalam Lapangan Terbang 14 Tahun

Dia sanggup hidup kat airport semata-mata nak merokok dan meneguk arak.

Wei Jianguo melakukan tindakan tersebut kerana takut isterinya akan meminta wang jika dia pulang ke rumah. Selain itu, dia juga risau bahawa pulang ke rumah bakal menghalang keinginannya untuk belanja pada minuman keras dan merokok.

Lelaki berusia 60-an ini memaklumkan bahawa dia telah kehilangan pekerjaannya di sebuah kilang enjin selepas dipecat kerana faktor usia 20 tahun yang lalu.

image is not available

Ia mencerminkan sikap yang membimbangkan seperti ketagihan, lari dari tanggungjawab dan juga kesihatan mentalnya

Namun, nasib baik bagi Wei Jianguo, kerajaan memberikan elaun bulanan sejumlah 1000 yuan (RM 643) kepada beliau semenjak dia menetap di lapangan terbang tersebut. Dengan wang tersebut, Wei Jianguo mampu membeli makanan dan minuman, termasuk alkohol.

Keputusan lelaki ini untuk tinggal di lapangan terbang mungkin kelihatan sebagai tindakan aneh, tetapi ia mencerminkan sikap yang membimbangkan seperti ketagihan, lari dari tanggungjawab dan juga kesihatan mentalnya.

image is not available
Sumber gambar: China Daily

Walau bagaimanapun, Wei Jianguo tidak pernah mengganggu sesiapa di tempat itu, dan selain daripadanya, terdapat tujuh individu lain yang juga menetap secara haram di lapangan terbang tersebut.

Selama 14 tahun itu, dia sering tidur di sekitar Terminal 2 dan Terminal 3 hingga kakitangan di sana terbiasa dengan kehadirannya.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: