Gara-gara tegur ibu mentua, wanita bersama bayi ditinggalkan suami di pondok bas gelap

LocalFamily & Parenting
2 Dec 2025 • 12:19 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Hanya kerana menegur ibu mentua, seorang wanita bersama bayinya berusia empat bulan ditinggalkan suaminya di pondok perhentian bas yang gelap berhampiran sebuah stesen minyak.

Kisah itu dikongsikan oleh pengguna Threads, Yana Rosman, yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku.

Menurut Yana, kejadian itu berlaku di hadapan stesen minyak apabila si suami memarahi isterinya dan mengarahkannya turun dari kereta sambil mendukung anak kecil berusia empat bulan.

“Wife dia duduk sorang dengan anak dalam gelap tu, di stesen bas sambil nangis sebab laki dia tinggalkan dia. Baran ni tak cantik la, bang!” tulisnya.

Yana turut memaklumkan, pertengkaran tersebut berpunca daripada teguran isteri terhadap ibu mentua yang tidak dapat diterima oleh suami.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian suami wanita berkenaan berpatah balik ke lokasi sama.

“Aku ajak Zakwan jumpa laki dia. Zakwan cakap dekat suami dia, ‘Bang, setiap masalah ada jalan dia. Sabar banyak bang. Jangan tinggai anak bini macam ni, bahayaaa. Kita tak tahu nak jadi apa.’”

Menurut Yana, lelaki itu kemudiannya bersalaman dengan Zakwan sebelum si isteri dan anak kecil dibawa semula menaiki kereta.

“Bini dia pun naik kereta dengan suami dia. Last kami tengok depa lalu jalan area Sungai Dua. Aku doakan moga Allah lindung dan jaga hampa laki bini anak beranak dari benda tak baik,” tulisnya.