Gara-Gara Tegur Rakan Anak Bergaduh Berebut Pemadam, Wanita Disangka Penculik

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2025 • 5:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kejadian culik khususnya melibatkan kanak-kanak sememangnya amat merisaukan hingga ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga.

Lihat sahajalah, ada sahaja kisah kanak-kanak yang nyaris menjadi mangsa culik dipaparkan di media sosial.

Namun dalam pada seseorang itu berhati-hati, kadangkala boleh berlaku salah faham kepada mereka yang sebenarnya berniat baik seperti yang dialami oleh seorang juruwang wanita ini.

Wanita Disangka Pencuri Lepas Tegur Rakan Anak Bergaduh Berebut Pemadam

Gara-gara menegur rakan anaknya yang bergaduh berebut pemadam, wanita yang berusia 44 tahun itu dituduh cuba menculik murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh, Melaka sejak Isnin (8 September) lalu.

Sedangkan wanita itu hanya bertanyakan tentang pergaduhan kecil murid yang berusia sembilan tahun dan anaknya serta telah disalah anggap sebagai cubaan menculik hingga viral dalam WhatsApp kumpulan sekolah sejak semalam (9 September).

Ibu Kanak-Kanak Buat Laporan Polis, Bimbang Keselamatan Anak

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, salah faham bermula selepas wanita berusia 28 tahun yang juga ibu kepada seorang murid lelaki membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anaknya.

“Insiden tersebut kemudiannya tular dalam kumpulan WhatsApp sekolah yang mendakwa kononnya berlaku cubaan culik, sebelum disedari wanita berkenaan yang melihat mesej tular di aplikasi WhatsApp mengenai dirinya.

“Wanita itu kemudian tampil membuat laporan polis pada Selasa (9 September) dan menjelaskan beliau berada di sekolah untuk mengambil anaknya dan secara kebetulan berjalan bersama murid terbabit sebelum bertanyakan hal itu,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Pemandu Van Sekolah Lapor Kepada Wanita Anak Berjalan Dengan Individu Tidak Dikenali

Hasil siasatan mendapati salah faham mula timbul apabila pemandu van sekolah memaklumkan kepada ibu murid itu bahawa anaknya berjalan dengan seorang wanita tidak dikenali.

“Juruwang itu memberitahu polis, dia hanya menegur murid berkenaan mengenai pergaduhan kecil dengan anaknya berhubung pemadam.

“Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes ini, malah kedua-dua pihak juga telah hadir ke Balai Polis Ayer Keroh dan bersetuju ia hanyalah salah faham,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Christoper menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan dakwaan tentang cubaan menculik tanpa pengesahan pihak berkuasa.

image is not available
Tangkap Layar Tular

Source: