Gara-Gara Tegur Tak Bagi Signal, Lelaki Ditumbuk Hingga Cedera Oleh Pemandu Saga Di Labuan

16 Apr 2023 • 2:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laporan Polis telah dibuat ke atas samseng jalan raya berkenaan.

Gara-Gara Tegur Tak Bagi Signal, Lelaki Ditumbuk Hingga Cedera Oleh Pemandu Saga Di Labuan. Seorang lelaki telah berkongsi pengalaman ngerinya ditumbuk oleh seorang pemandu kenderaan Saga di Labuan baru-baru ini.

Lelaki berkenaan telah berkongsi video dimana pemandu Saga tersebut keluar dari keretanya dan bertindak menumbuk mangsa.

image is not available
Gara-Gara Tegur Tak Bagi Signal, Lelaki Ditumbuk Hingga Cedera Oleh Pemandu Saga Di Labuan

image is not available

Mangsa berkongsi gambar tercedera akibat ditumbuk

Mangsa juga ada berkongsi gambar di mana mangsa tercedera serta hidung berlumuran darah gara-gara tumbukan berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan dikatakan bahawa mangsa telah ditumbuk beberapa kali kerana dia telah menegur pemandu kereta Saga itu yang tidak memberi signal ketika masuk ke simpang sebelah kanan.

Mangsa telah mengalami pendarahan teruk di bahagian hidung dan mulut, mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan merasa sakit di bahagian mata sebelah kiri.

image is not available

Kejadian berlaku di Lampu Isyarat Jalan Patau Patau

Kejadian yang berlaku di Lampu Istyarat Jalan Patau Patau, Labuan tersebut juga telah berjaya dirakamkan melalui dashcam kenderaan mangsa.

Oleh demikian, diharap agar kita lebih berhemah lagi dijalan raya agartiada perkara yang tidak diingini berlaku. Ingat, samseng jalan raya boleh membawa padah dan boleh dihukum di bawah undang-undang negara.

Lagi berita terkini buat anda di sini: