Gara-Gara Tempah Servis Pelacuran, Remaja 17 Tahun Ditipu “Mak Nyah”

Entertainment
18 Jul 2024 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang remaja berusia 17 tahun dicabul oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita.

image is not available

Menurut laporan Detik, remaja tersebut melanggan servis pelacuran atas talian di aplikasi MiChat. Kejadian berlaku apabila mangsa bersetuju untuk berjumpa dengan suspek di rumahnya di Perum Tertek Permai, Pare, Kabupaten Kediri.

Suspek atau nama samarannya Ajeng ketika itu mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks, kemudian mangsa menyedari suspek sebenarnya seorang lelaki.

Selepas mengetahui hal tersebut mangsa merayu untuk pulang tetapi dihalang oleh suspek.

Mangsa berjaya melarikan diri dan kemudian membuat laporan polis bersama ibu bapanya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri, Fauzy Pratama berkata suspek mengaku bahawa dirinya seorang polis yang sedang menyamar sebelum menuduh mangsa sebagai pengedar wang palsu.

Menurut Fauzy, mangsa masih dalam rawatan kerana mengalami trauma psikologi, manakala suspek ditahan kerana melakukan keganasan seksual.

image is not available

Jap!