Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu

28 Apr 2023 • 4:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Padah percaya maklumat dari Whatsapp

Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Kerugian Hampir RM500 Ribu. Seorang pesara kerajaan di sini kehilangan wang simpanannya yang berjumlah RM435,100 selepas diperdaya ‘scammer’ pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias (gambar) berkata, lelaki berusia 68 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp oleh individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Eric Yee’ pada 8 Februari lalu.

image is not available
Gara-Gara ‘Termakan’ Info Dari Group Whatsapp, Pesara Dari Mukah Rugi Hampir RM500 Ribu. Kredit: Utusan Borneo

Katanya, mangsa kemudian menerima satu pautan daripada suspek dan memuat naik dokumen skim pelaburan dalam format PDF.

Tertarik dengan skim pelaburan hingga buat transaksi tanpa sedar

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang ditawarkan telah bertindak membuat 15 transaksi pemindahan wang berjumlah RM435,100 ke nombor akaun bank berbeza antara 16 Mac hingga 13 April,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Pada 22 April lalu, mangsa telah dihubungi seorang peserta wanita skim itu yang memberitahu mangsa tidak boleh mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan tersebut.

Mangsa kemudian cuba mengeluarkan wang keuntungan berjumlah RM2,225 namun tidak berjaya.

Dia kemudiannya mendapati nombor telefonnya juga telah disekat daripada kumpulan WhatsApp itu sehingga tampil membuat laporan polis meminta kes disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Baca lagi artikel menarik: