Gara-gara tidak dibenarkan menginap di luar, warga Palestin timbulkan kekecohan, rosakkan barang di lobi WTKL

4 Oct 2024 • 11:14 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu rakaman tular memaparkan insiden sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di sebuah Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Insiden berkenaan telah menyebabkan beberapa kerosakan beberapa barang yang terdapat di lobi hotel berkenaan.

Menerusi satu laporan, insiden berkenaan berpunca daripada kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat penginapan tersebut.

Wanita berkenaan telah membuat kekecohan di hadapan Balai Pengawal WTKL bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Mereka kemudiannya masuk ke lobi utama dan mencetuskan kekecohan dan memecahkan pasu serta hiasan yang terdapat di lobi utama.

Kejadian berkenaan cuba diredakan oleh pegawai yang bertugas, namun salah seorang daripada warga Palestin telah membaling selipar ke arah pegawai berkenaan.

Wakil kedutaan Palestin juga turut hadir bagi mententeramkan keadaan, bagaimanapun tindakan beliau juga dikatakan sia-sia.