Gara2 resepi sambal tumis Ira Kazar, netizen mengadu sotong terus ‘sold out’!

Food
1 Sep 2023 • 12:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Beberapa hari lalu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi sebuah resepi dan petua untuk memasak sambal sotong sebagai salah satu tips pengikat perut suami.

Perkongsian Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin menerusi hantaran di Insta Story telah menjadi bualan ramai, malah menjadi ikutan warganet mencuba resepi yang dikongsikannya.

image is not available

image is not available

Penangan resepi Ira, sotong terus habis kat pasar!

Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Ira tidak menang tangan untuk ‘repost’ hantaran netizen di Insta Story miliknya apabila mereka juga turut terjebak menyediakan sambal tumis sotong untuk suami masing.

Malah, terdapat juga pengikutnya mengadu nasib dan memberitahu mereka tidak berkesempatan untuk membeli sotong di pasar kerana ia sudah habis dijual gara-gara perkongsian resepi Ira baru-baru ini.

“Sotong out of stock dekat pasar ni. Semua masak sotong ke harini,”adu pengikut.

image is not available

Bagaimanapun, Ira memaklumkan ia bukan salah dirinya sekiranya stok sotong habis dijual di pasar.

“Ya ampun, serius ke ni? Ramai cakap benda sama ni. Bukan salah saya (ketawa),”jawabnya

image is not available

Sebelum ini, pengarah Syamsul Yusof membuat pengakuan mengejut dengan memaklumkan dia dan Ira Kazar sudah pun berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu.

Syamsul juga pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun mereka bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sumber: Instagram @irakaza