Garapan Bekas Pengarah ‘Running Man’, Yoo Jaesuk & Yoo Yeonseok Sah Sertai Program Hiburan Baru

13 Mar 2024 • 11:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas “Running Man”, Yoo Jae-suk sekali lagi akan bekerjasama dengan pengarah Choi Bo-pil untuk program baru!

Terbaru, SBS telah mengumumkan Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok sebagai pengacara bersama dalam program hiburan SBS baru “Whenever There’s a Chance”.

Rancangan ini akan memperkenalkan penonton kepada konsep keberuntungan dalam kehidupan seharian melalui pelbagai pengembaraan yang dilakukan.

Bersama-sama, mereka berdua berhasrat untuk membawa kegembiraan dan ketawa kepada penonton dengan melibatkan diri dengan individu yang mengemudi kehidupan seharian mereka yang sibuk.

Sementara itu, “Whenever There’s a Chance” telah dijaduakan untuk tayang pada April ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.