Gardenia Sahkan Produk Patuhi Spesifikasi Keselamatan Makanan Selepas Ujian Makmal

LocalFood
10 Nov 2026 • 10:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gardenia Sahkan Produk Patuhi Spesifikasi Keselamatan Makanan Selepas Ujian Makmal

Produk keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) yang menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna baru-baru ini disahkan mematuhi spesifikasi keselamatan makanan berdasarkan keputusan ujian makmal bebas bertauliah.

Gardenia dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan ujian berkenaan mengesahkan produk terbabit memenuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan serta mematuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluaran syarikat berkenaan semalam sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.

Gardenia berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses pemeriksaan tersebut.

Malah, syarikat itu memaklumkan pihak KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan di fasiliti pengeluarannya.

"Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.

"Kami amat menghargai kesabaran, pemahaman serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pengguna, rakan niaga dan pihak berkuasa yang berkaitan," menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru ini berhubung beberapa produk Gardenia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved