Garfield Si Kucing “Oyen”

Movie
30 May 2024 • 12:30 PM MYT
Rasfan Abu Bakar
Rasfan Abu Bakar

Penulis merupakan pensyarah seni visual di ASWARA

image is not available
Foto: IMDb

Oleh: Rasfan Abu Bakar

Filem Garfield muncul juga setelah pertama kali tiba di layar lebar sekitar 20 tahun yang lalu. Kali ini Garfield muncul sepenuhnya dalam bentuk animasi 3D. Kisah bermula dengan Garfield berfikir kehidup sehariannya sudah cukup baik dan selesa. Hal ini terjadi semenjak Garfield telah dijadikan anak angkat oleh Jon ketika dia hanyalah seekor anak kucing. Tidak lama selepas itu, Jon juga mengambil Odie, teman karib Garfield yang sentiasa setia. Sejak itu mereka bertiga telah hidup dalam kebahagiaan di pinggir bandar.

Tanpa diduga pada satu malam yang gelap Garfield dan Odie telah diculik oleh sekumpulan kucing liar. Mereka kemudianya telah digunakan sebagai umpan oleh kucing jalanan bernama Jinx untuk memancing bapa Garfield yang bernama Vic agar keluar dari tempat persembunyiannya.

Perkara ini terjadi disebabkan Jinx ingin membalas dendam terhadap Vic kerana sebelum itu dia telah ditangkap sewaktu mencuri susu. Akibatnya Jinx telah disumbat di dalam tempat kurungan haiwan liar dan semenjak dari itu dia berazam untuk mencari Vic dan membalas dendam.

Image from: Garfield Si Kucing “Oyen”
Foto: IMDb
Image from: Garfield Si Kucing “Oyen”
Foto: IMDb

Setelah dapat menangkap Vic, Jinx memberi pilihan agar dia pergi mencuri susu seperti dahulu dalam jumlah yang besar atau bersedia untuk menanggung akibatnya jika ingkar. Jinx juga memberikanya tempoh selama 72 jam untuk melaksanakan misi tersebut.

Garfield yang pada mulanya tidak mahu membantu kini tiada pilihan kerana Jinx akan turut menjadikan dirinya sebagai mangsa. Justeru itu Garfield perlu mengetepikan perbezaan diantara bapanya untuk menjayakan misi mencuri susu tersebut di sebuah kilang.

Bagi menjayakan rancangan tersebut mereka telah berjumpa dengan seekor lembu jantan bernama Otto. Otto adalah bekas maskot kilang susu tersebut yang telah dipaksa keluar selepas sebuah syarikat baru mengambil alih kilang itu. Insiden tersebut telah menyebabkan Otto terpisah daripada lembu kesayangannya yang bernama Ethel.

Setelah berbincang mereka telah mencapai persetujuan dimana Otto akan membawa mereka masuk untuk mencuri susu dan pada masa yang sama akan mencari Ethel dan membawanya keluar dari kilang tersebut.

Image from: Garfield Si Kucing “Oyen”
Foto: IMDb

Secara keseluruhanya durasi filem ini boleh dianggap pendek dan tanpa disedari ia sudah sampai ke penghujung. Watak-watak di dalam filem ini juga bertutur dengan agak cepat dan mungkin sukar buat sesetengah orang untuk memahaminya.

Filem ini juga mengangkat hubungan diantara anak lelaki serta bapanya. Hal ini dikatakan demikian kerana konflik yang dialami oleh Garfield sebenarnya bukanlah seperti apa yang difikirkan sebaliknya ia adalah satu pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh bapanya. Semua persolan tersebut terungkai dipenghujung filem dan buat mereka yang membesar dengan membaca komik hasil karya Jim Davis, jangan lupa menontonya dilayar lebar.

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)


Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.