Garmin Bounce 2 Dilancarkan Dengan Sokongam LTE Dan Rekaan Baharu

TechnologyDigital
18 Sep 2025 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin telah melancarkan Bounce 2 iaitu jam pintar khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan aktiviti harian.

image is not available

Jam ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.2 inci dengan resolusi 390 x 390 piksel. Ia menyokong skrin sesentuh dan dibina dengan kaca tahan lasak serta badan polimer bertetulang gentian. Selain itu, jam ini turut dipadankan dengan tali silikon yang ringan dan selesa dipakai.

image is not available

Antara ciri pintar yang ditawarkan termasuk ramalan cuaca, mod sekolah, kalkulator, permainan dan pelbagai pemasa tugas. Di samping itu, ia menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal, berenang, sukan musim sejuk, sukan raket, sukan air dan seni mempertahankan diri.

image is not available

Bounce 2 dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti pengesanan insiden, bantuan kecemasan, penjejakan lokasi dan amaran keluar masuk kawasan yang ditetapkan. Semua fungsi ini menggunakan sambungan LTE yang memerlukan langganan.

image is not available

Jam ini juga menyokong pelbagai sensor termasuk GPS, GLONASS, Galileo, QZSS, BeiDou dan sensor cahaya ambien. Ia boleh digunakan sehingga dua hari dan dicas menggunakan pengecas khas Garmin. Selain itu, ia mempunyai storan 4GB serta serasi digunakan bersama peranti Android dan iPhone.