Garmin D2 Mach 1 Pro Dilancarkan Dengan Bezel Titanium, ECG Dan Bateri 25 Hari

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Garmin sedia hadir dengan peranti boleh pakai pelbagai kegunaan aktiviti sama ada untuk bersukan, bersantai mahupun professional. Terbaharu Garmin D2 Mach 1 Pro telah dilancarkan sebagai tambahan baharu untuk siri jam tangan yang dicipta khusus buat juruterbang.

image is not available

Antara ciri utama yang diketengahkan adalah sokongan lampu suluh LED terbina dengan cahaya yang boleh diubah. Terdapat juga fungsi Red Shift Mode yang boleh mengubah keseluruhan antara muka jam menjadi warna merah untuk paparan skrin lebih jelas khususnya dalam kawasan malap.

image is not available

Garmin juga menyediakan fungsi ECG yang amat berguna bagi memantau rentak degupan jantung masa nyata, selain tanda-tanda fibrilasi atrium. Aspek bateri turut diberi perhatian dengan kemampuan bertahan hingga 25 hari dalam mod jam tangan pintar.

image is not available

Turut disertakan ialah pelbagai sensor kecergasan dan kesihatan terbina yang merangkumi lebih 30 mod sukan terbina. Pengguna turut boleh menerima pemberitahuan pintar, muat turun lagu daripada Spotity, dan membuat pembayaran nirtunai Garmin Pay terus daripada jam tangan.

Melengkapinya lagi adalah tubuh premium dengan gabungan bahan titanium karbon dan kaca nilai. Skrin adalah sebesar 1.4-inci AMOLED dengan fungsi Always-On-Display terbina. Seterusnya hanya satu satu saiz disediakan iaitu 51mm dengan beberapa jenis tali seperti logam, kulit, nilon dan silikon QuickFit.

Harga jualan Garmin D2 Mach 1 Pro ialah $1399.99 (~RM6,685) seutas.

View Original Article