Garmin Enduro 2, jam tangan multisukan dengan hayat bateri lebih 30 hari, masuki Malaysia

18 Aug 2022 • 4:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Garmin Enduro 2 ke dalam pasaran kita. Ia adalah versi kemas kini Enduro asal yang dilancarkan dalam bulan Februari 2021 lalu.

image is not available

Harga Garmin Enduro 2

Garmin Enduro 2 boleh didapatkan di Malaysia pada harga RM5,440 melalui Shopee, Lazada, AECO e-store, dan semua pengedar sah produk Garmin di seluruh negara.

image is not available

Spesifikasi Garmin Enduro 2

Garmin Enduro 2 asasnya adalah Fenix 7 yang ada hayat bateri yang panjang. Berdasarkan helaian spesifikasi, dalam penggunaan biasa, baterinya boleh tahan sehingga 34 hari lamanya ataupun sehingga 46 hari dengan bantuan solar. Dalam keadaan yang serupa Fenix 7 bertahan sehingga 18 hari ataupun 22 hari dengan bantuan solar.

Makanya boleh disimpulkan bahawa Enduro 2 ditujukan pada pengembara yang berekspedisi berhari-hari tanpa akses kepada soket kuasa untuk mengecas aksesorinya.

Pada sudut fizikaliti, ia ada panel paparan yang lebih besar. Pada 1.4" panel ini memaparkan imej pada resolusi 280 x 280. Garmin meletakkan panel solar pada bingkai jam tangan ini dan ia mungkin menyumbang kepada peningkatan harga yang agak ketara berbanding generasi terdahulu.

Daripada segi spesifikasi lain, Enduro 2 ada segala-gala sensor yang ada pada Fenix. Senarainya adalah sama iaitu:

  • Satelit penjejak berbilang jalur (GPS, GLONASS, GALILEO)
  • Garmin Elevate
  • Pulse OX
  • Barometer
  • Altimeter
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Thermometer

Berbekalkan sensor-sensor ini, semua fungsi penjejak seperti untuk hutan, berlari, berjalan, berenang, bermain golf, bersenam, dan macam-macam lagi, adalah sama antara satu sama lain.

Satu ciri unik pada jam tangan ini adalah ia ada lampu suluh cerah, 2 kali ganda lebih cerah berbanding yang ada pada Fenix 7X. Komponen ini sangat berguna untuk kegunaan menyuluh sewaktu dalam keadaan kecemasan.

image is not available

Untuk kegunaan kasual, Enduro 2 dilengkapi Bluetooth dan Wi-Fi untuk perpindahan data. Ia boleh memaparkan notifikasi yang masuk ke telefon. Storan 32GB boleh digunakan untuk menyimpan lebih 2,000 lagu dan anda juga boleh kawal Spotify terus daripada telefon.

View Original Article