Garmin Index Sleep Monitor Kini Di Malaysia Dengan Harga RM739

TechnologyDigital
20 Jun 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Index Sleep Monitor kini rasmi di Malaysia. Ia merupakan alat pemantau tidur pintar yang direka khusus untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang kualiti tidur dan tahap pemulihan kesihatan.

Tidak seperti jam tangan pintar yang mungkin kurang selesa dipakai semasa tidur, peranti ini dipakai di lengan atas dan hadir dengan rekaan ringan serta boleh dicuci.

image is not available

Peranti ini boleh menjejak pelbagai parameter penting seperti pergerakan, kadar denyutan jantung, corak pernafasan, suhu kulit, dan tahap oksigen dalam darah sepanjang malam. Berdasarkan data ini, pengguna akan menerima skor tidur harian serta cerapan terperinci untuk memahami corak pemulihan badan mereka.

Menariknya, peranti ini tidak mempunyai skrin atau butang menjadikannya sangat ringan dan hampir tidak terasa ketika dipakai. Ia turut mempunyai hayat bateri 7 malam dan berfungsi secara automatik dengan data akan diselaraskan ke aplikasi Garmin Connect keesokkan harinya.

Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri penggera bangun pintar yang boleh mengejut pengguna dalam fasa tidur ringan bagi memastikan mereka bangun dengan bertenaga. Garmin Index Sleep didatangkan dalam pilihan saiz S-M/L-XL dan berharga RM739 di Malaysia.