Garmin Lily 2 Active Kini Mempunyai GPS Terbina Dan Bateri Hingga 9 Hari

TechnologyDigital
3 Oct 2024 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Lily 2 telah dilancarkan awal Januari yang lalu sebagai jam tangan pintar untuk wanita dengan fokus terhadap reka bentuk dan fungsi. Kini versi Active pula diumumkan dengan penambahbaikan utama seperti GPS, butang fizikal dan hayat bateri lebih baik.

image is not available

Untuk rujukan, Garmin Lily 2 asal sebenarnya tidak mempunyai GPS terbina terbina. bermakna pengguna perlu sentiasa membawa telefon pintar bersama sewaktu melakukan aktiviti. Disinilah Garmin Lily 2 Active pula menyelesaikan masalah itu dengan tambahan sokongan GPS untuk mereka yang memerlukan.

image is not available

Garmin Lily Active juga didatangkan dengan dua butang fizikal khusus untuk pengalaman pengguna yang lebih mudah. Diikuti hayat bateri sehingga 9 hari yang lebih lama berbanding apa ditawarkan pada versi asal. Perisian juga lebih baik dengan sejumlah mod sukan baharu seperti tenis, pickleball dan golf. Selain itu mempunyai ciri ‘On-Screen Workouts’ yang membolehkan pengguna mengakses senaman aerobik intensiti cergas seperti HIIT atau yoga terus daripada skrin jam tangan.

image is not available

Akhir sekali ia menawarkan juga sokongan untuk Garmin Coach, Garmin Pay dan Garmin Connect. Lain-lain spesikasi termasukah skrin bulat sesentuh bewarna 1-inci dengan resolusi 240 x 201 piksel, serta padanan tali silikon yang sesuai untuk aktiviti luar.

Ia turut boleh didapati dalam tiga pilhan warna seperti Lunar Gold (kerangka) + Bone (tali), Silver (kerangka) + Purple Jasmine (tali), atau Jasper Green Jasper Green (kerangka + tali). Harga jualan rasmi adalah $299.99 (~RM1,263) seutas.

View Original Article