Garmin Vivoactive 6 Dilancarkan Dengan Ciri Penggera Bangun Tidur Pintar

TechnologyDigital
3 Apr 2025 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Vivoactive 6 telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. Ia menampilkan paparan AMOLED 1.2-inci beresolusi 390 x 390 piksel yang lebih terang, bersama rekaan premium daripada bezel aluminum dan tali silikon berwarna. Ia juga menawarkan hayat bateri sehingga 21 jam dengan GPS yang diaktifkan, atau 11 hari dalam mod penggunaan biasa.

image is not available

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah penggera bangun tidur pintar, yang berfungsi untuk mengejutkan pengguna secara lembut berdasarkan fasa tidur paling rendah. Selain itu jam tangan ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kecergasan, termasuk pemantauan tahap oksigen dalam darah, penjejakan kadar degupan jantung, pemantauan pola tidur, serta penjejakan kesihatan Wanita.

Sokongan navigasi juga dipertingkatkan dengan teknologi QZSS, Beidou, GPS, Glonass, dan Galileo bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih menyeluruh.