Garmin vívoactive 6 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1,499

TechnologyDigital
9 Apr 2025 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin telah memperkenalkan jam tangan pintar baharu vívoactive 6 di Malaysia. Ia boleh didapati dengan harga RM1,499 melalui pengedar sah Garmin Malaysia mulai 18 April 2025. Sebanyak enam pilihan warna disediakan iaitu Black/Slate, Bone/Lunar Gold, Jasper Green dan Pink Dawn.

image is not available

vívoactive 6 menawarkan gabungan teknologi canggih bersama reka bentuk moden untuk pengalaman yang lebih baik. Ia menampilkan paparan AMOLED 1.2-inci yang terang, bersama binaan yang ringan untuk tubuhnya. Ia juga dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan terbina seperti pemantauan tahap oksigen dalam darah, kadar degupan jantung, pola tidur, serta kesihatan Wanita. Di samping itu, ia mempunyai pelbagai mod sukan termasuk larian, berbasikal, berenang, yoga dan banyak lagi.

image is not available

Apa yang baharu ialah penggera bangun tidur pintar, yang berfungsi untuk mengejutkan pengguna secara lembut berdasarkan fasa tidur paling rendah. Sokongan navigasi juga dipertingkatkan dengan teknologi QZSS, Beidou, GPS, Glonass, dan Galileo bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih menyeluruh. Ia juga menawarkan hayat bateri sehingga 21 jam dengan GPS diaktifkan, atau 11 hari dalam penggunaan biasa.