Gas ammonia kilang ais bocor di Simpang Pulai

19 Sep 2023 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Pasir Putih dikejarkan ke lokasi berkenaan. - Foto JBPM Perak

SIMPANG PULAI - Kebocoran gas ammonia berlaku di sebuah kilang membuat ais di Persiaran Industri Rapat di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.11 pagi tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Pasir Putih dikejarkan ke lokasi berkenaan.

"Setibanya jentera di lokasi, ketua opeasi membuat 'size up' dan mengambil maklumat dari penyelia kilang.

"Didapati paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau gas tersebut dapat dihidu dari jarak 100 hingga 300 kaki," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) kemudiannya membuat 'size up' serta diver 1 untuk masuk ke dalam kawasan 'hot zon'.

"Ia bagi menutup kebocoran di bahagian valve tangki, pasukan Hazmat akan mengambil bacaan selanjutnya di kawasan 'hot zon' serta mengenal pasti kebocoran yang masih terdapat pada tangki itu," katanya lagi.

Operasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Johari Muhammad serta Penyelia Hazmat, Pegawai Bomba Kanan II, Shaharizala Abu Hanifah. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved