Gas metana dikesan di tapak lebuh raya Lawas, bomba syor kawasan ditutup

LocalEnvironment
12 Jun 2026 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Gas metana dikesan di tapak lebuh raya Lawas, bomba syor kawasan ditutup

LAWAS, 12 JUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesyorkan tapak pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) Sarawak di Lawas ditutup selepas mengesan gas metana mudah terbakar yang mencapai tahap risiko tinggi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemantauan selama tiga hari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Zon Bintulu mendapati bacaan had letupan bawah (LEL) meningkat kepada 100 peratus berhampiran lokasi pengesanan gas.

Menurut JBPM Sarawak, bacaan diambil menggunakan peralatan pengesan gas mudah alih berhampiran lubang yang mengeluarkan gas, manakala pemantauan dalam radius lima meter di sekitar kawasan mencatatkan bacaan LEL sifar peratus.

“Pasukan Hazmat mengesyorkan kawasan berkenaan ditutup dan pihak berkuasa tempatan memastikan tiada sebarang aktiviti dijalankan di lokasi itu bagi mengelakkan risiko keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia turut dimaklumkan untuk pengesahan dan khidmat nasihat.

JBPM Sarawak memaklumkan BBP Lawas menerima panggilan pada 12.33 tengah hari Rabu mengenai penemuan gas yang keluar dari tanah di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan.

Gas itu dikesan selepas kontraktor menjalankan kerja penggerudian pada kedalaman kira-kira 45 meter, dengan aliran gas dilaporkan masih aktif di permukaan.

NCH merupakan projek infrastruktur bernilai RM6.8 bilion yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved