‘Gatal Tangan’ Rosak Alam Sekitar, Netizen Sedih Bukit Batu Selabat Dicemari Vandalisme

23 Oct 2022 • 9:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sedih, kenapa perlu rosakkan alam semula jadi?

Tindakan segelintir individu yang menjadikan batu di kawasan Bukit Selabat ini tempat untuk vandalisme telah mendatangkan perasaan kurang selesa pengunjung dan penduduk setempat.

Baru-baru ini telah tular perkongsian milik akaun Licia Here di laman Facebook, menunjukkan salah satu tempat hiking yang popular, iaitu di Bukit Selabat telah dicemari dengan kelakuan inidividu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan vandalisme.

image is not available
‘Gatal Tangan’ Rosak Alam Sekitar, Netizen Sedih Bukit Batu Selabat Dicemari Vandalisme. Sumber gambar: Twitter

Tak salah untuk buat kenangan, tetapi elakkan dari melakukan vandalisme

Bukit Selabat ini sememangnya salah satu tempat yang menarik untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak dan juga hiking. Ia terletak di Kampung Selabat (Muara Tebas), Kuching. Tempat Hiking yang menawarkan pemandangan indah.

Namun demikian, keindahan alam semula jadi ini telah dicemari. Jika dilihat dalam perkongsian tersebut, batu-batu di atas bukit telah diconteng dengan menggunakan cat berwarna putih. Sedihnya bila keindahan alam dicemari oleh perbuatan manusia.

image is not available
‘Gatal Tangan’ Rosak Alam Sekitar, Netizen Sedih Bukit Batu Selabat Dicemari Vandalisme. Sumber gambar: FB Licia Here

Lapor pada pihak berkuasa

Netizen turut geram dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut. Bukan netizen sahaja, pengunjung yang hiking di Bukit Batu Selabat ini juga merasa kecewa dan geram dengan perbuatan individu yang tidak matang itu.

Nak buat kenangan kalau dah sampai puncak tu tak salah, yang salahnya apabila ada individu yang bertindak sampai vandalisme alam semulajadi.

image is not available
Sumber gambar: FB Licia Here

image is not available
Sumber gambar: FB Licia Here

Kalau anda lihat aksi yang tidak beretika ini, anda boleh lapor pada pihak atasan atau pihak yang berkuasa di kawasan tersebut. Sentiasa beringat sesama sendiri. Bersama kita menjaga dan memelihara alam sekitar, renungkanlah.

Lagi artikel menarik untuk anda baca. Lihat pautan di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved