Gates beri amaran AI, robot akan ambil alih sektor pekerjaan

WorldTechnology
27 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gates beri amaran AI, robot akan ambil alih sektor pekerjaan

LONDON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates memberi amaran bahawa kepesatan pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi robotik bakal ‘meragut’ jutaan pekerjaan di seluruh dunia, termasuk dalam sektor buruh kasar.

Bilionair itu  menegaskan bahawa kedua-dua sektor, ia­itu pekerjaan pejabat dan tenaga kerja fizikal kini berdepan ancaman digantikan oleh teknologi pintar tersebut.

Gates menyalahkan struktur insentif syarikat perniagaan yang sentiasa memburu keuntungan berlipat ganda sebagai pemacu utama trend ini.

“Pendekatan mereka kini sangat mudah, ambil robot bekerja, pecat manusia dan jangan pandang ke belakang,” kata Gates.

Sejak beberapa tahun ke belakangan ini, AI sudah mula menjejaskan pelbagai pekerjaan, terutamanya tugas pejabat yang berasaskan ana­lisis data seperti pemban­gunan perisian, kemasukan data dan perkhidmatan pe­langgan.

Minggu lalu, bank gergasi Barclays mengumumkan perancangan untuk menggantikan 5,000 jawatan bersamaan lima peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya di pe­ringkat global dengan sistem AI menjelang akhir tahun ini demi mengurangkan kos operasi.

Pengumuman itu menyusul selepas Ketua Tabung Kewa­ngan Antarabangsa (IMF) menyifatkan AI sebagai tsunami perlahan yang bakal mele­nyapkan peluang pekerjaan di seluruh dunia. 

Beliau turut mengimbau bahawa teknologi berkenaan terutamanya menjejaskan go­logan muda yang selama ini menggalas tugas permulaan yang kini boleh dikendalikan AI pada kos yang sangat rendah.

Dalam pada itu, Gates me­nganggarkan bahawa kerja-kerja fizikal seperti sektor pembinaan dan perkilangan turut terancam berikutan penggunaan robot humanoid yang semakin meluas.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa teknologi AI bakal mengatasi kebijaksanaan manusia sebagai entiti paling pintar di muka bumi dalam masa terdekat.

Bercakap kepada akhbar The Observer, Gates menjelaskan bahawa kemahiran mereka cipta, kepakaran kerja pejabat dan dengan keha­diran robot humanoid, kemahiran buruh fizikal manusia semuanya berisiko digantikan oleh AI.

Justeru, beliau mendesak kerajaan di seluruh dunia agar bersedia mendepani krisis pengangguran berskala besar menerusi pelbagai inisiatif latihan semula dan pendidikan berterusan.

Walaupun teknologi ber­kenaan berkemungkinan mem­­bawa kemakmuran eko­nomi secara keseluruhan, Ga­tes memberi amaran bahawa pihak kerajaan berkemungkinan menghadapi kekura­ngan dana bagi menangani kesan sampingan gelombang pe­ngangguran besar-besaran itu. – AGENSI

 

The post Gates beri amaran AI, robot akan ambil alih sektor pekerjaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved