Gaya hidup mewah anak didedah, PM Mongolia hilang sokongan majoriti Parlimen

4 Jun 2025 • 7:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MOSCOW, 4 JUN: Perdana Menteri Mongolia Luvsannamsrain Oyun-Erdene telah meletak jawatan susulan protes berminggu-minggu yang dicetuskan oleh paparan kekayaan mewah keluarganya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan akhbar “Financial Times” pada Selasa.

Menurut laporan itu, Oyun-Erdene gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Selasa apabila hanya memperoleh 44 undi daripada 64 yang diperlukan.

Peletakan jawatan itu menyusul selepas protes berterusan berikutan hantaran di media sosial yang memaparkan gaya hidup mewah anak lelakinya yang berusia 23 tahun, termasuk menaiki helikopter, memiliki beg tangan berjenama dan kereta mewah.

Berucap di Parlimen, Oyun-Erdene yang menerajui Mongolia sejak 2021, menyentuh mengenai pencapaian ekonomi, termasuk peningkatan hasil eksport dan pertumbuhan KDNK, namun mengakui beliau kurang memberi perhatian terhadap isu-isu sosial.

-BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved