Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat

28 Feb 2023 • 10:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Timbalan Perdana Menteri cadang mempromosikan budaya hidup sihat

Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat. Hospital sesak di Malaysia telah menjadi isu berterusan sejak sekian lama, dengan ramai yang meminta penyelesaian kepada perkara itu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan antara punca utama hospital sesak adalah disebabkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup sihat, mencadangkan ahli parlimen untuk mengancurkan acara bagi mempromosikan budaya hidup sihat.

image is not available
Gaya Hidup Tak Sihat Mungkin Punca Hospital Sesak, Timbalan PM Cadang Promosi Budaya Hidup Sihat

“Sebab itu penekanan oleh KKM mempromosikan budaya hidup sihat,” – Fadillah Yusof

Menurut laporan, beliau menjawab soalan ketika di Dewan Rakyat hari ini, yang membangkitkan soalan mengenai kesesakan di hospital kerajaan yang semakin membimbangkan kerana orang ramai tidak menerima perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang sesuai tepat pada masanya.

Berhubung dengan soalan itu, beliau menyatakan bahawa walaupun kualiti kemudahan telah bertambah baik, ia juga pada masa yang sama memberi gambaran kepada kita sama ada mungkin rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Pada masa sama, beliau menggesa semua ahli Parlimen menganjurkan acara yang menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat bagi mengelakkan kesesakan di hospital kerajaan dengan kes tidak kritikal.

Sebab itu lebih ramai terpaksa merujuk kepada doktor, demam, sakit, dan sebagainya. Sebab itu penekanan oleh Kementerian Kesihatan ialah juga untuk mempromosikan budaya hidup sihat. Ini amat penting sebagai langkah pencegahan yang harus kita fokuskan,”

katanya.

Mencadangkan kesesakan di hospital kerajaan adalah petunjuk bahawa sistem kesihatan telah bertambah baik

Menurutnya, kesesakan di hospital kerajaan adalah petunjuk bahawa sistem kesihatan telah bertambah baik.

Namun, beliau menambah bahawa menambah doktor dan jururawat bukan penyelesaian kukuh untuk mengurangkan kesesakan di hospital.

Keyakinan rakyat untuk ke hospital kerajaan bertambah sebab perkhidmatan kesihatan yang baik. Kedua, hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan hampir percuma. Begitu murah berbanding perkhidmatan hospital swasta, maka hospital kerajaan jadi tumpuan, sebab itu jumlah doktor dan jururawat bertambah, tetapi masih berdepan kesesakan,”

ujarnya lagi.

Pasukan petugas khas untuk menangani masalah ini

Beliau berkata penekanan kepada mempromosi budaya hidup sihat amat penting agar hospital kerajaan tidak terbeban dengan banyak kes kesihatan yang merugikan rakyat, serta negara dari segi kewangan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan akan menjalin kerjasama dengan hospital swasta untuk menangani masalah kesesakan di hospital kerajaan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Berhubung dengan itu, cadangan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) telah dipersetujui oleh hospital swasta.

Selain itu, katanya, cadangan lain untuk menangani kesesakan di hospital melanjutkan waktu operasi klinik kesihatan awam dari pukul 8 sehingga 12 tengah malam di kawasan berdekatan hospital awam dalam kategori sangat sesak. Beliau turut menambah cadangan seterusnya adalah menghantar kes-kes zon hijau (pesakit berisiko rendah) ke klinik kesihatan awam ketika waktu puncak di jabatan kecemasan.

Lagi di sini: