Gaya ‘Rugged’ Pakcik Bersama Anjing Peliharaannya Naik Big Bike Ini Tarik Perhatian Netizen

22 Aug 2022 • 2:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Stail bis!

Gaya ‘Rugged’ Pakcik Bersama Anjing Peliharaannya Naik Big Bike Ini Tarik Perhatian Netizen. Jika anda selalu melihat haiwan peliharaan dibawa keluar oleh tuannya dengan cara berjalan kaki, namun cara pakcik ini juga lah yang paling ‘manang’ dan unik sekali.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di TikTok, seorang pakcik menarik perhatian netizen apabila beliau dilihat menunggang sebuah motorsikal berkuasa tinggi bersama anjing peliharaannya.

image is not available
Gaya ‘Rugged’ Pakcik Bersama Anjing Peliharaannya Naik Big Bike Ini Tarik Perhatian Netizen. Sumber: TikTok @hniatira

Lebih menarik perhatian, pakcik ini menaiki motorsikal berkuasa tinggi yang telah dimodifikasi menjadi motorsikal berserta ruang tempat duduk seperti motor beca. Anjing peliharaannya dilihat duduk di atas motor beca tersebut dengan tenang (dan comel!).

Pakai cermin mata hitam dan goggle untuk vibe vintage ala-ala Harley Davidson

Kedua-duanya memakai cermin mata hitam dan cermin mata stail Harley khas untuk anjing yang membuatkan mereka kelihatan unik dan bergaya ‘rugged’ sewaktu menunggang motorsikal di atas jalan raya.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna hniatira dan kini telah tular sehingga mendapat tontonan lebih 27,000 kali dan dikongsikan sebanyak lebih 300 kali.

@hniatira

Raged na kitak uncle image is not availableimage is not available Semoga kitak happy selalu! Layap kamek tengok kitak huhu #fypsarawak #xyzbca

♬ Sikok Bagi Duo – Dodi Ferdieansyah

Netizen geram tengok gelagat anjing dan tuannya yang terlampau comel

Meskipun tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar kejadian ini berlaku, namun rata-ratanya memberikan respon teruja melihat kelibat pakcik tersebut selamba menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama anjing peliharaannya yang berwarna putih keperangan.

image is not available
Sumber: TikTok @hniatira

image is not available
Sumber: TikTok @hniatira

image is not available
Sumber: TikTok @hniatira

Rata-ratanya memuji tingkah laku anjing peliharaan pakcik ini yang begitu patuh dengan tuannya dan turut menikmati pemandangan ronda-ronda menggunakan motor beca itu. Malah, memang benar anjing jenis Husky ini dah sama ‘rugged’ macam tuannya. Steady!

image is not available
Sumber: TikTok @hniatira

image is not available
Sumber: TikTok @hniatira

Tambah-tambah pula, anjing merupakan seekor haiwan mamalia yang agak senang untuk dilatih dan patuh kepada arahan tuannya berbanding haiwan-haiwan yang lain. Lagi bertuah kalau dapat anjing yang ‘sporting’ dan bijak macam anjing peliharaan pakcik ini.

Mesti sayang betul pakcik ni dekat anjing Husky ni kan? Sampai sanggup bawa jalan-jalan guna motor beca big bike. Hehe.

Anjing jenis Pitbull selalu dianggap sebagai sejenis anjing yang garang dan ganas. Tapi tahukah anda fakta menarik di sebaliknya, yang kadang kala sebenarnya hanya salah faham saja? Baca selanjutnya di sini: